Salam Semua....
Di sini pihak I-zarah ingin "clarify" sesetengah soalan yang sering di ajukan buat kami. Antaranya :-
Q : Butik kat mana ye?
A : Maaf ye... Untuk pengetahuan semua kami tidak mempunyai sebarang lot kedai/butik, ini kerana kami beroperasi dari rumah... Segala2 kelengkapan pengantin seperti pelamin, kerusi baju, dll adalah di simpan di dalam stor rumah kami.
Q : Ooo... Boleh percaya ke ni? Tak de butik cam tak profesional lah.
A : Kebolehan sesuatu kreativiti itu bukan bergantung pada adanya tidak sebuah lot kedai. Sebarang hubungan dengan pihak kami ada bersandarkan prinsip "Trust each orther".
(If sesuatu kedai menipu, tentu tuan punya kedai tu akan tutup terus kedai dia suatu hari nanti, bagi kami yang bertapak di rumah yang dah berpuluh tahun ini, xkan nk pindah rumah pula.... Segalanya based on trust) Pelanggan juga di jemput untuk datang bertandang di rumah untuk membincangkan apa2 mengenai pekej kami.
Q : Kenapa ada certain pakej xde makeup?
A : Pihak kami cuma fokus pada bidang dekorasi majlis sahaja. Tetapi jika ada permintaan untuk memasukkan seni makeup, kami boleh uruskan. Kami mempunyai beberapa jurumakeup untuk anda.
Q & A
Posted by
I-zarah Bridal
|
Read User's Comments(0)
Dekorasi Meja Makan Pelamin
Posted by
I-zarah Bridal
|
Sesetengah individu lebih senang majlisnya tanpa ada adat bersanding, maka dengan itu pasangan terbabit boleh memilih untuk membuat acara makan beradap sahaja. Tapi dengan idea dan dekorasi yang menarik, acara makan beradap tadi boleh nampak cantik dan mempesonakan....
Masih menggunakan kerusi pelamin yang besar, di belakangnya di hiasi dgn panel pelamin nan indah...meja makan bak raja sehari... Laluan red carpet... di susuli dengan flower stand & pintu gerbang... Ianya tampak sama seperti majlis bersanding, cuma ianya tiada adat merenjis & bersanding...
Selamat Datang ke Journel Izrara
Posted by
I-zarah Bridal
|
Selamat datang kepada pengunjung Journel Izrara. Di sini kami team Izrara menampil pelbagai pilihan untuk bakal2 pengantin bagi merialisasikan majlis impian anda. Dengan harga yang sangat berpatutan sesiapa saje mampu untuk memiliki sebuah majlis yang mempersonakan.
Dengan harga pakej pengantin di pasaran yang agak tinggi, mencetuskan ilham kami untuk menawarkan harga yang bersesuai dan yang penting tidak membebankan bakal2 pengantin di luar sana.
Sebagai perunding perkahwinan, kami akan mempastikan pelanggan kami mendapatkan hasil majlis yang terbaik. Wang bukanlah ukurannya, yang kami utamakan adalah kepuasan hati para pelanggan kami.
"Mahal tak semstinya HEBAT"
Subscribe to:
Posts (Atom)