Q & A

Salam Semua....

Di sini pihak I-zarah ingin "clarify" sesetengah soalan yang sering di ajukan buat kami. Antaranya :-


Q : Butik kat mana ye?
A : Maaf ye... Untuk pengetahuan semua kami tidak mempunyai sebarang lot kedai/butik, ini kerana kami beroperasi dari rumah... Segala2 kelengkapan pengantin seperti pelamin, kerusi baju, dll adalah di simpan di dalam stor rumah kami.


Q : Ooo... Boleh percaya ke ni? Tak de butik cam tak profesional lah.
A : Kebolehan sesuatu kreativiti itu bukan bergantung pada adanya tidak sebuah lot kedai. Sebarang hubungan dengan pihak kami ada bersandarkan prinsip "Trust each orther".
(If sesuatu kedai menipu, tentu tuan punya kedai tu akan tutup terus kedai dia suatu hari nanti, bagi kami yang bertapak di rumah yang dah berpuluh tahun ini, xkan nk pindah rumah pula.... Segalanya based on trust) Pelanggan juga di jemput untuk datang bertandang di rumah untuk membincangkan apa2 mengenai pekej kami.

Q : Kenapa ada certain pakej xde makeup?
A : Pihak kami cuma fokus pada bidang dekorasi majlis sahaja. Tetapi jika ada permintaan untuk memasukkan seni makeup, kami boleh uruskan. Kami mempunyai beberapa jurumakeup untuk anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS